..::::::EksplorasiKu::::::..

By: diba Muid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Sep-2007 13:18 Email | Share | Bookmark
Marble Choc Cheeze & Princess Cake

Alhamdulillah, Anaknda yang sulung dah genap 2 tahun.. Adik dia pulak dah nak masuk satu tahun bulan 10 ni. Dah lama teringin nak buat ala2 kek barbie doll ni.Anak patung tu dah lama beli, sib baik tak membeso... Tercapai jugak cite2 nak buat. Walaupun bersememeh...daku tetap heppi sebabnye, semua org exited tengok kek ni, terutama skali besday girl.. Kalau nak tau, kek ni tergolek lepas siap di mekap.. Abis rumput2 ngan skirt belakang tu.. Nak tak nak kena laa tampal balik apa yang patut.. Ni la hasilnye..

info -Kek base yg rumput tu guna kek nescafe choc moist kak Rodziah, yang skirt kembang tu pulak guna african marble cake (layerkan yg atas ngan strawberi, bwh ngan coklat) Utk buttercream plak, saje try buttercream Kuantan by Jai. mmg sangat menepati citarasa.. tak manis sangat



Ni pulak kek marble cheese Kak Roylazim, buat sempena 33rd Anniversary Abah ngan Mak... Kiranya ni kali ke-2 laa buat kek ni. Yg mula2 tu bakar.Kali ni kukus pulak. Mmg yang kukus lagi moist. Abah yang konon2 nak makan sepotong tu pun bertambah2 makannye. ehhe....


Ok, kalo ada siapa2 nak mencuba... ni sy ada sertakan resipinye.. Terima kasih utk Kak Roylazim ,
Kak Rodziah, Jai n Kak Roshayati utk resipi2 yang dikongsi. Resipi ni sy copy dari Resipi.net
.

Quote:

African Marble cake

Sumber: Roshayati Johari

Bahan-bahan:
250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit
1 camca besar ovellate
1 camca teh baking powder
2 camca besar susu pekat
50 g air
175 g butter - dicairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari

Cara-caranya:

1. Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.

2. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.

3. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.

4. Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ini akan naik double) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.

5. Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas itu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.


Nescafe Chocolate Moist Cake


Sumber : Rodziah

A

200 gm Butter (klu unsalted lg bagus)
1 cwn gula kastor

B

2 cwn tepung gandum (tepung kek lagi bagus)
1/4 s/teh soda bikarbonat
1 1/2 s/teh baking powder (klu double action lg bagus)
-Ayak

C

1/2 cwn serbuk koko (coklat lg best)
1 cwn air biasa
1 s/teh coffee oil
1 s/teh nescafe
1 s/teh chocolate emulco
2 s/teh esen vanilla (vanilla paste lg best)
Satukan semua bahan

D

3 biji telur (grade B pun boleh)

Cara

1.
Pukul A, masukkan D.
2.
Masukkan tepung dan air berselang seli, akhir sekali mesti tepung.
3.
Bakar 160 celcius, lebih kurang 45 minit. Satu adunan kek seberat >< 1.3 kg. Bila jual saya kira sekilo je.



Marble Choc Cheese

Sumber : roylazim

Bahan A

180 gm. Butter

20 gm. cocoa powder - ayak

170 gm. Gula castor

3 biji telor

120 gm. tepong naik Sendiri - ayak

1 tsp. baking powder - ayak



Bahan B

250 gm. cream cheese

60 gm. gula castor

1 tsp. vanilla essence

1 biji telor



Cara Membuatnya

1. Pukul butter and gula.

2. Masukkan telor sebiji demi sebiji.

3. Masukkan tepong, cocoa dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.

4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.

5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.

6. Tuangkan baki adunan A.

7. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.

8. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.

9. Selamat mencuba.

Nota :-

Kek ini dikukus selama <>1jam.




Butter Cream Putih Telur - Jai Kuantan (Sumber RN)

350 gm marvelo/supertact/krim well
250 gm butter
175 gm gula pasir
110 gm putih telur

Masak putih telur + gula secara double boiler, kacau selalu.
Pukul butter + krimwell hingga putih.
Di dlm mangkuk lain, pukul putih telur yg dimasak td hingga menjadi meringue.
Masukkan meringue sedikit2 ke dlm adunan butter.
Pukul lg pd speed sederhana hingga putih.




Quote:

I've been tag! by Noi Sowwy dear, baru hapdet fp ni..

favourite flower

Alamakkk..... ni laa yang susah.. Saya takde laa minat bunge sangat. Asalkan nampak sweet, okeehh jer..Masa bercintan cintun ngan hb tu pun sekali je dia bagi bunga (sekuntum-red rose) and masa yg 26th besday dapat laa sejambak *read:kecik* lagi skali. Time bersalin anak sulung, saje je ngada2 nak munge. Dia dok pusing semua tempat x jumpe kedai munge!! Last2 kita soh dia datang teruss, tak payah g carik munge dahhh..Tak sanggup dok sepital sorang2..Sabo je laa Jadi, jwpannye ialahhh.....



Bunge ni laaa yang akan menjadi febretku sampai laa dihadiahkan ngan bunge lain.. :-D

Ok, dengan segala hormatnye.. Saya nak men'tag':
erna - ...Yo!genggg.....
kak Ida isk -
kak penyu - nak tau.. Akak ghok ni suke munge tak
EzuRa
mamiyati
kak Tun

sape lg yerrr....

kalau u all bz, tak pe.. abaikan....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net