..::::::EksplorasiKu::::::..

By: diba Muid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 25-Jul-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Homemade Marshmallow Anyone????

Icing Sugar
Beat hingga kental
bercapuk2 ngan icing sugar
 
 
 
Hmm.. kenyal..Bila dijatuhkan dari atas, dia akan melantun-lantun....Errr.. Mcm ni kott texture sebenar marshmallow..




Jap ye, ni baru je sempat copy resipi.. Sorry, lambat beno nak mereply..

Quote:
MARSHMALLOWS
Sumber: Allrecipes.com - Copy dari Resipidiana

Bahan-bahannya
1 cawan gula confectionary,untuk dusting
2 cawan gula
1 sudu besar sirap jagung ,--tuko ngan golden syrup je,,
1 1/4 cawan air
4 sudu besar gelatin tiada perasa
2 biji putih telur
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya
• Ayak loyang 9 x 9 inci dengan gula confectionary. Ayak biar semua serata dan tebal.
• Dalam periuk dengan api sederhana, campurkan gula, sirap jagung dan 3/4 cawan air. Masak sehingga suhu 250 - 265 darjah C, atau sehingga sirap bila jatuh ia bebentuk bulat.
• Sementara sirap masih dimasak, air lebihan tuang kedalam mangkuk besi dan tabur gelatin. Letakkan mangkuk diatas air yang mendidih sehingga serbuk gelatin larut.
• Angkat periuk sirap dari atas api dan masukkan adunan gelatin dan gaul sebati. Ketepikan.
• Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga pekat dan kental. Sambil memukul masukkan sirap sedikit demi sedikit sehingga adunan putih telur menjadi likat dan kental.
• Masukkan esen vanilla dan tuang adunan keldama loyang dan biarkan ia selama 8 jam atau semalaman sebelum memotong marshmallows mengikut citarasa anda.


Quote:
Edited (16/8/2007)-Sebenarnye, teringin sangat buat marshmallow ni sbb nak buat marshmallow fondant. Atas kecuaian masa menguli.. tak jadi lerr fondant tu...Sedihnyeee .. Walau mcmane pun satu hari nanti nakk jugakkkk try..teringat2 laa selagi x try Sblm tu sempat laa try bakar marshmallow ni dlm oven.. Nak panggang mcm mat salleh buat tu tak reti pulak. Hehe.. Ada jugak kwn2 yang suggest utk letak seketoi dua dlm coffee.. Fuuhh......sesekala pekena benda pelik ni best jugak.... tapi manihhh laaa


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net