..::::::EksplorasiKu::::::..

By: diba Muid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 14-Jul-2007 05:20 Email | Share | Bookmark
Chocolate Mint Cake

 
 
 
 
 
Dah lama teringin nak buat kek ni, asyik tunda jee sebab esen mint x de.. So, bila dah nampak esen mint ni.. teruss la letak kek ni dlm waiting list experimen..Mudah je buat dia rupanya, dah cuba baru tau... (rasanya style dia lebih kurang mcm bebop punye butter cake)Siapa yang tak tau kek ni kek mint, muka diorang mesti mcm ada kezutannn... ...Moist tauu kek ni....



Nk Try?? Ni saya copy dari ResipiPilihanDiana



CHOCOLATE MINT CAKE WITH FUDGE TOPPING
Sumber: Kak Halimah Anang & Blue Key Self Raising Flour

Bahan-bahannya
200 gram tepung naik sendiri
230 gram mentega/ majerin
220 gram gula kastor
230 gram telur
3 gram esen vanilla
30 gram serbuk koko
50 gram susu segar
Beberapa titik pewarna hijau
Beberapa titik esen peppermint

Untuk Honey Chocolate Fudge
150 gram coklat masakan
90 gram fresh cream
30 gram mentega
15 gram madu (2 sudu besar) >> saya tak letak sbb xde

Cara-caranya
1. Panaskan oven pada suhu 180’C.
2. Alaskan kertas kuih pada loyang pembakar.
3. Pukul tepung naik sendiri yang telah diayak bersama mentega/majerin sehingga menjadi pes yang sebati.
4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga likat. Masukkan adunan ini dan esen vanilla ke dalam adunan tepung yang telah disediakan tadi dan pukul sehingga ia sebati dan kembang.
5. Bahagikan adunan kepada dua. Satu campurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala bahagian lagi satu campurkan dengan pewarna hijau dan esen peppermint.
6. Tuang adunan berselang seli kedalam loyang berukuran 8”.
7. Bakar selama 45 – 50 minit.
8. Cara untuk Honey Chocolate Fudge Topping - Campurkan kesemua bahan didalam mangkuk cairkan mengguna teknik double boil. Pukul bahan-bahan selama 5 – 10 minit sehingga fudge menjadi sebati. Fudge yang masih setengah panas boleh anda sapukan diatas dan tepi kek.



Quote:


Thanks Kak Wiz, I 'm a peng'copy recipe yang setia.. This is a MUST TRY recipe!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net