..::::::EksplorasiKu::::::..

By: diba Muid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-May-2007 22:00 Email | Share | Bookmark
Selamat Hari Ibu

Tak lambat rasanya nak ucapkan selamat hari ibu kat semua ibu2 diluar sana. SELAMAT HARI IBU SEMUA...

Sempena hari ibu ni, saya try Choc Mousse Cake recipe KAK ROYLAZIM.. Kiranya pertama kali lerr buat moouse cake ni. Alhamdulillah, menjadi jugak(rupa yang buruk tu tak yah amik kira yek ) Lagi satu, saya try LEMON ROSEMARY CHICKEN GRILLED yang hangat diperkatakan oleh warga RN (saya ahli tingkap je..sogan nak nyampuk)

My Choc Mousse Cake

lupa plak nk setting date


Chocolate Mousse Cake - by Roylazim


Ingredients :-
5 biji telor (big ones anggaran 85gm each)
190g tepong gandum (ayak)
190g gula kastor
40g minyak jagung

Cara :-
Pukul gula dan telor sampai kembang.
Fold in tepong dan minyak perlahan lahan (sedikit demi sedikit.
Part ni mesti hati2. Jangan over gaul. Nanti kek tak gebu.)
Tuang adunan into a 9" acuan yang telah di alas kertas minyak dan bakar immediately pada oven bersuhu 165deg selama 40 ~ 45 mins.
Bila dah masak, keluarkan dari oven and biar hingga betul2 sejuk sebelum decorate atau potong.

* Adunan kek tak mengunakan sebarang raising agent seperti baking powder ataupun ovelette. Kek tetap gebu ...because of the big eggs

* For chocolate sponge cake, larutkan 30g cocoa powder in minyak jagung. Tepong guna 165g, Gula kastor guna 200g. Cara sama seperti diatas.

Chocolate mousse:
300 gm. Non-Dairy Whip Cream
1 tsp. Vanilla essence
1 level Tablespoon of Gelatine powder - mix together with- 4 Tbsp. water and microwave for 20 secs
50 gm. Cocoa powder ) mix together
80 gm. icing sugar )
1 1/2 Tablespoon of Nescafe )
1 1/2 Tablespoon of hot water ) mix together

Method for the mousse:
(1) Beat the whip cream until very fluffy.
(2) Mix all the ingredients together.
(3) Ready for use as cake coating & spread onto sponge cake layers.
4) Refrigerate cake to set.




My Lemon Rosemarrry Chicken Grilled



LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Diolah oleh Jeni

1 kg ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
Segenggam Rosemary Kering
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots
1 biji bawang besar dibelah 4

Cara:

Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit.
Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan.. seekor ayam tu boleh bagi 4 mcm kat Kenny Rogers tu.. makan dengan Coleslow pergghhh,,, tak caya cubalah








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net