..::::::EksplorasiKu::::::..

By: diba Muid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-May-2007 17:28 Email | Share | Bookmark
MY CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

My 1st browonies, teruja ngan komen2 yang memberangsangkan..Terus copy and buat. memula ingat tak jadik sbb texture mcm lain dari yang selalu saya beli.. Gue silapp rupenye.. Ni resipi yang mesti dicuba pencinta coklat..



Nak resipi?? credit to Kak Penyulawa saya copy je dari fp beliau.. ..

MY CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES -by Wan Mastura

250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik

6 eggs
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco

80g tepung gandum
60g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional) - toasted

1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11.
2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3. Masukkan telur, gula, esen dan chocolate emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad.­


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net