..::::::EksplorasiKu::::::..

By: diba Muid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-May-2007 21:00 Email | Share | Bookmark
Kek Coklat Kukus

Yang ni buat utk ibu mertua sempena hari lahir beliau..Memandangkan mixer tengah demam time tu, saya gunakan resipi Zaima.




Pada yang nak mencuba, ni resipinye...

KEK COKLAT KUKUS - by Zaima

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(ayak bersama)

1 sudu teh esen vanila
3 biji telur

Cara-cara
1.Masak dan cairkan bahan A atas api yang kecil hingga sebati.
2.Sementara masak bahan A,pukul telur hingga kembang.
3.Campur bahan A yang telah masak tadi ke dalam telur yang sudah kembang berserta esen vanila,pukul hingga sebati.
4.Akhir sekali masuk bahan B yang telah diayak bersama-sama,kacau hingga sebati.
5.Masukan ke dalam baking tray dan kukus sekurang-kurangnya 1 jam.(penutup kukus hendaklah di balut dengan kain bersih)



Kek ni kiranya tahan lasak punye kek ler.. bwk 8 jam g balik Terengganu,still ok condition dia..ehhehehe...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net