..::::::EksplorasiKu::::::..

By: diba Muid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-May-2007 12:27 Email | Share | Bookmark
Shepherd Pie

Mari... mari... kepada penggemar kentang, try la resipi ni Shepherd Pie ni.. Budak2 pun boleh makan, sbb tak pedas. Dah beberapa kali jugak la kita wat pie ni. Jst ejas sikit...letak serbuk kari utk tak kasi cepat muak. Atas dia plak, tabur daun bawang. Cheese slalu tak taruk, sbb tak de stok..ehehe




Quote:
Shepherd’s Pie – by Speedial

(dpt 2 biji bekas aluminium)

Mashed Potato
8 biji kentang – rebus hingga empuk
4 sudu besar butter
2 biji telur – dipukul sedikit
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam

Cara-Cara
1. Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur.
2. Panaskan butter, susu, garam, dan lada sulah, Biarkan sehingga butter cair & tutup api.
3. Masukkan adunan butter dan telur ke dalam adunan kentang lenyek. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan Inti
400 gm daging cincang
3 biji bawang besar – potong dadu
2 biji karot – potong dadu
2 biji tomato – potong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung gandum
Garam
Minyak
Mix Vegetable – jika suka
1 biji kuning telur – utk sapuan

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, goreng hingga layu.
2. Kemudian masukkan karot dan daging, goreng hingga daging masak
3. Masukkan mix vegetable, buah tomato, sos tomato dan kicap. Kacau rata, goreng hingga daging empuk.
4. Masukkan garam, kacau sebati.
5. Masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati.
6. Tutup api dan ketepikan.

Penyediaan Shepherd’s Pie
1. Sediakan bekas , masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas.
2. Masukkan bahan2 inti dan ratakan.
3. Kemudian masukkan lebihan kentang lenyek di atas bahan2 inti tadi dan ratakan, tekan2 sedikit supaya melekat dgn inti.
4. Gariskan di atasnya menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya.
5. Bakar pada suhu 200’C selama 30-40 minit atau sehingga kekuningan.

Tips: Kalau suka boleh tabur grated cheese diatasnya.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net