..::::::EksplorasiKu::::::..

By: diba Muid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-May-2007 12:25 Email | Share | Bookmark
Apple Pie McD


Resipi ni kak Cranko bagi.. Sodap... Rupa ada sikit kureng..hehehe... Tak retila nak lipat kemas2..Time nk goreng tu plak minyak hbs, nak tak nak kena teruskan gak. Kalo nk frozenkan pun boleh..

Quote:
APPLE PIE GORENG ala McD -by Faridah Hanom

6 - 8 keping pie



Bahan-bahannya

2 cawan tepung serbaguna

1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku)

1 sudu teh garam

1/2 cawan air sejuk

2 biji epal hijau

1/3 cawan gula

1/2 sudu teh serbuk kayu manis

1 cawan minyak sayuran



Cara-caranya

1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul. Kita nak buat apple pie McD kan so kena ikut macam McD sikit.

2. Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.

3. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci macam McD punya pie le. Letakkan inti epal ditengah pastry. Gunakkan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.

4. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan. Best makan bila panas. BE CAREFUL FILLING CONTENTS MAY BE HOT << macam McD la.



Tips: Selalu saya simpan pastry yang telah diisi inti epal dalam freezer sekejap agak2 15 minit. Keluarkan kemudian terus goreng, method ini untuk mendapatkan pastry yang ranggup. Inti epal mestilah tidak terlalu basah takut kulit pastry lembik. Minyak mesti panas betul, sebaik2nya goreng dalam minyak yang banyak.


Inti pie ni agak sedikit, so saya sarankan kengkawan semua tambahkan epal menjadi empat bijik dan gula 3/4 cawan. Baru puas hati makan kalau inti banyak....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net