Want your
own Fotopage?








 
..::::::EksplorasiKu::::::..

By: diba Muid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-May-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Kek Carrot Kukus



Ni buat utk open house raya lepas, buat carrot cake kukus.. Resipi kak Lieza gak..hehehe.. Nak rasa????




Quote:
KEK KAROT KUKUS - by Hanieliza

Bahan
250 g butter
150 g gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 g carrot [parut dan celur - toskan kering]
100g prune cincang
50 g kismis
230 g tepung gandum ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k serbuk kulit kayu manis ]

Cara.
1. Panasakan kukusan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk kayu manis.
6. Masukkan carrot, kismis dan prune.
7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukuskan dalam kukusan selama 50 minit
9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju.

Cream Keju
Bahan
250 g cream keju
50 g gula halus
50 g fresh cream
1 cawan yogurt perisa buahan

Cara.
1. Pukul semua bahn sehingga gebu dan sapukan pada kek lobak yg telah sejuk



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net