..::::::EksplorasiKu::::::..

By: diba Muid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-May-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Kek Oren






First time buat kek ni, terus menjadi. berkobar2 sangat nk try sebab ramai sangat puji kesedapan kek ni. Saya kureng sikit ngan kek oren, sbb selalu sngt diorang letak perisa tiruan. jadik pening lak bila makan. Bila tgk recipe kak Bebop ni, mcm best je.. Bagi yg belum try, boleh try.. sbb kek ni mmg la mabelesss. D ijamin licin.. ;P

Quote:
ORANGE BUTTER CAKE BEBOP
Sumber: Kak Bebop


Bahan-bahannya
200 gram tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gram mentega
5 biji telur
175 gram gula
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau

Cara-caranya
1. Pukul tepung, baking powder, susu tepung, mentega hingga gebu dan tidak berbintil-bintil.
2. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga lembut dan pekat. Kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan adun sebati.
4. Tuang adunan kedalam loyang 9” dan bakar dalam 30 – 40 minit pada suhu 170’C. Nak masuk dalam cupcake pun boleh jugak.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net