..::::::EksplorasiKu::::::..

By: diba Muid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 15-May-2007 21:00 Email | Share | | Bookmark
Kek Coklat Kukus

Yang ni buat utk ibu mertua sempena hari lahir beliau..Memandangkan mixer tengah demam time tu, saya gunakan resipi Zaima.




Pada yang nak mencuba, ni resipinye...

KEK COKLAT KUKUS - by Zaima

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(ayak bersama)

1 sudu teh esen vanila
3 biji telur

Cara-cara
1.Masak dan cairkan bahan A atas api yang kecil hingga sebati.
2.Sementara masak bahan A,pukul telur hingga kembang.
3.Campur bahan A yang telah masak tadi ke dalam telur yang sudah kembang berserta esen vanila,pukul hingga sebati.
4.Akhir sekali masuk bahan B yang telah diayak bersama-sama,kacau hingga sebati.
5.Masukan ke dalam baking tray dan kukus sekurang-kurangnya 1 jam.(penutup kukus hendaklah di balut dengan kain bersih)



Kek ni kiranya tahan lasak punye kek ler.. bwk 8 jam g balik Terengganu,still ok condition dia..ehhehehe...


Tuesday, 15-May-2007 20:00 Email | Share | | Bookmark
Blue Theme






Utk besday adik, dia minat biru cair.. Sesuaila tema ni ngan besday dia



Tuesday, 15-May-2007 19:30 Email | Share | | Bookmark
Cupcakes

Cuppies ni saya buat spesel utk adik2 EA yang tolong wat keje kat opis..

Gunakan Resipi Snow White Buttercream n Moist Choc Cake Kak Misleha






CHOCOLATE MOIST CAKE
by: Misleha

BAHAN-BAHANNYA
250gm Butter
300 gm Castor sugar
1tbs Ovalet
6 biji telur

250 gm All purpose flour
2tsp soda bicabonate
1½ tsp baking powder
Secukupnya Chocolate Chip

PASTE
1 cawan Coco Powder
60 gm Castor Sugar
1¼ cawan Air


CARA-CARANYA
1. Pukul butter + castor sugar + Ovallet sehingga kembang
2. Masukkan telur sebiji-biji
3. Masukkan tepung berselang-seli dengan paste
4. Tuang adunan ke dalam tray berukuran 10 in
5. Bakar 160 mengikut kesuaian oven selama 1 jam


TOPPING COKLAT
300GM Whipping Cream
400gm Cooking Chocolate
1tsp butter

Didihkan whipping cream dengan api sederhana sehingga kelihatan sedikit buble-buble kecil, padamkan api, masukkan chocolate yang telah dipotong kecil-kecil. Kacau sehingga ketulan chocolate tu larut.

Note :
i. Perlu di ingat setengah oven tak sampai 1 jam dah masak
ii. Seeloknya buat topping 1 hari sebelum



Snow white buttercream - Introduced by LynnHassan



163g solid white vegetable shortening
1 tsp flavour ( I use wilton vanila flavour)
2 tbsp milk (use UHT) or water
454g icing sugar
1 tbsp Wilton Meringue powder (egg white powder)
secubit garam

Beat shortening, flavour, dan water/milk. Bila sebati, tambah icing sugar, meringue powder dan garam. Mix gunakan medium speed sempai sebati dan creamy....


Quote:

azalia - Saya tukang copy resipi je. .Nanti dah buat, bgtau la yer..


Tuesday, 15-May-2007 18:00 Email | Share | | Bookmark
Sponge Bob

Buat utk adik bongsu.. Dah besar pun budaknye.. tapi manja..Kebetulan suka sangat ngan sponge bob.. kita pun gatal2 le tangan watkan kek ni utk dia




1st time wat karaktor kartun..Buttercream pun terlembik..habis terkulai layu bahagian tepi dia..hehehe...



Tuesday, 15-May-2007 17:28 Email | Share | | Bookmark
MY CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

My 1st browonies, teruja ngan komen2 yang memberangsangkan..Terus copy and buat. memula ingat tak jadik sbb texture mcm lain dari yang selalu saya beli.. Gue silapp rupenye.. Ni resipi yang mesti dicuba pencinta coklat..



Nak resipi?? credit to Kak Penyulawa saya copy je dari fp beliau.. ..

MY CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES -by Wan Mastura

250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik

6 eggs
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco

80g tepung gandum
60g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional) - toasted

1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11.
2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3. Masukkan telur, gula, esen dan chocolate emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad.­


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net