..::::::EksplorasiKu::::::..

By: diba Muid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 2-May-2007 13:00 Email | Share | | Bookmark
Marble Cheesecake






Another Yummy recipe..
mmg umphh!!! Saya guna loyang biasa je. Cover ngan aluminium foil, pastu wat method steam bath.


Quote:
Sue, ni akak update resipi yang sue nak tu .

KEK KEJU MARBLE
Bahan-bahan:

* 200 g biskut digestive
* 50 g mentega
* 1/2 sudu besar madu
* 1 sudu besar susu sejat (evaporated milk)

Cara membuat dasar:

* Hancurkan biskut
* Cairkan mentega bersama madu & susu
* Campurkan serbuk biskut tadi
* Tekankan ke dasar loyang hingga rata

Bahan-bahan kek:

* 500 g keju krim (cream cheese)
* 100 g gula castor
* 3 telur
* 30 g unsweetened chocolate, cairkan
* 1 sudu kecil esen vanila

Cara membuat kek:

* Pukul keju dan gula hingga lembut kemudian masukkan vanilla
* Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sentiasa
* Cairkan coklat masakan kemudian ambil 20 % adunan kek masukkan coklat tadi
* Tuangkan 80% adunan ke dlm loyang tadi
* Kemudian sudukan adunan coklat tadi kemudian lorekkan dgn lidi supaya jd bentuk marble
* Bakar secara steam bake pd suhu 160’C selama 50-60 min
* Setelah masak, sejukkan dlm petiais

Try la yer...


Wednesday, 2-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kek Carrot Kukus



Ni buat utk open house raya lepas, buat carrot cake kukus.. Resipi kak Lieza gak..hehehe.. Nak rasa????




Quote:
KEK KAROT KUKUS - by Hanieliza

Bahan
250 g butter
150 g gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 g carrot [parut dan celur - toskan kering]
100g prune cincang
50 g kismis
230 g tepung gandum ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k serbuk kulit kayu manis ]

Cara.
1. Panasakan kukusan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk kayu manis.
6. Masukkan carrot, kismis dan prune.
7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukuskan dalam kukusan selama 50 minit
9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju.

Cream Keju
Bahan
250 g cream keju
50 g gula halus
50 g fresh cream
1 cawan yogurt perisa buahan

Cara.
1. Pukul semua bahn sehingga gebu dan sapukan pada kek lobak yg telah sejuk



Wednesday, 2-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kek Oren






First time buat kek ni, terus menjadi. berkobar2 sangat nk try sebab ramai sangat puji kesedapan kek ni. Saya kureng sikit ngan kek oren, sbb selalu sngt diorang letak perisa tiruan. jadik pening lak bila makan. Bila tgk recipe kak Bebop ni, mcm best je.. Bagi yg belum try, boleh try.. sbb kek ni mmg la mabelesss. D ijamin licin.. ;P

Quote:
ORANGE BUTTER CAKE BEBOP
Sumber: Kak Bebop


Bahan-bahannya
200 gram tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gram mentega
5 biji telur
175 gram gula
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau

Cara-caranya
1. Pukul tepung, baking powder, susu tepung, mentega hingga gebu dan tidak berbintil-bintil.
2. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga lembut dan pekat. Kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan adun sebati.
4. Tuang adunan kedalam loyang 9” dan bakar dalam 30 – 40 minit pada suhu 170’C. Nak masuk dalam cupcake pun boleh jugak.





Wednesday, 2-May-2007 11:00 Email | Share | | Bookmark
Blueberry Cheese Cake

Ni lagi satu cheese cake, base tu guna biskut chipsmore campur ngan biskut marie je sbb tak cukup.. Pastu terkering sikit kek ni sbb overbake..hehehe



Quote:

Blueberry Cheese Cake - by Hanieliza
Bahan B - Filling
250 gm krim keju Philidephia
70 gm butter
120 gm fresh cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]
2 s/b blueberry filling

Topping:
Filling blueberry..
[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek
atau dalam tin dari supermarket. ]

Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyakatau air.]
3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul algi sehinggga rata.
5.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit
11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.




Wednesday, 2-May-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Kek Lapis Hwa Flakes

Ni saje2 je try ....hehee




[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net